Hasmi tawar diri bertanding ketua Angkatan Muda

Dari kiri: Zul, Ammar (Padang Besar), Hamzah (Ampang), Razak (Kota Raja), Hasmi & Nik
di depan Bilik Gerakan Negeri Selangor sebelum penamaan calon DUN N11 Ijok, Selangor.
Oleh Muda Mohd Noor (Malaysiakini)
Ketua Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) bahagian Parit Sulong, Hasmi Hashim menawar diri bertanding jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang menurutnya memerlukan kepimpinan baru bagi membawa gelombang kuat yang dapat diterima masyarakat, terutama generasi muda di negara ini.
Beliau yang memperolehi 14 pencalonan bagi jawatan tersebut berkata, pada masa ini, pergerakan itu tidak mempunyai gagasan baru untuk rakyat terutama generasi muda.
“Apabila Ezam Mohd Noor, bekas Ketua AMK, Ezam Mohd Noor ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001, pergerakan itu menjadi lemah.
“Kekosongan yang ditinggalkan oleh Ezam selepas beliau meletakkan jawatan pada November lalu, belum diisi hingga sekarang.


