Team Pencerahan AMK :: 2007

Hasmi tawar diri bertanding ketua Angkatan Muda

April 20th, 2007

Dari kiri: Zul, Ammar (Padang Besar), Hamzah (Ampang), Razak (Kota Raja), Hasmi & Nik
di depan Bilik Gerakan Negeri Selangor sebelum penamaan calon DUN N11 Ijok, Selangor.

Oleh Muda Mohd Noor (Malaysiakini)

Ketua Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) bahagian Parit Sulong, Hasmi Hashim menawar diri bertanding jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang menurutnya memerlukan kepimpinan baru bagi membawa gelombang kuat yang dapat diterima masyarakat, terutama generasi muda di negara ini.

Beliau yang memperolehi 14 pencalonan bagi jawatan tersebut berkata, pada masa ini, pergerakan itu tidak mempunyai gagasan baru untuk rakyat terutama generasi muda.

“Apabila Ezam Mohd Noor, bekas Ketua AMK, Ezam Mohd Noor ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001, pergerakan itu menjadi lemah.

“Kekosongan yang ditinggalkan oleh Ezam selepas beliau meletakkan jawatan pada November lalu, belum diisi hingga sekarang.

 

“Dan saya mahu mengisi kekosongan tersebut bagi membawa AMK kepada gelombang kedua yang lebih hebat,” katanya dalam temubual dengan malaysiakin Rabu lalu.

Bagaimanapun, Hasmi menjelaskan, cara kepimpinan Ezam sudah tidak sesuai untuk diteruskan oleh generasi muda sekarang.

Di bawah kepimpinan Ezam, katanya, AMK banyak melakukan demontrasi membantah kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ezam meletakkan jawatan sebagai ketua AMK untuk menumpukan perhatian kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkannya – Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi.

‘Dalam keadaan lemah’

Februari lalu, Ezam turut melepaskan jawatan timbalan pengerusi Keadilan Selangor dan Ketua bahagian Shah Alam atas alasan yang sama.

“Sungguh aneh AMK mempunyai pemimpin yang kuat tetapi pergerakan itu berada dalam keadaan yang lemah,” katanya.

Keadilan akan mengadakan Kongres Nasional di Seremban bulan depan bagi memilih pucuk pimpinan baru bagi tempoh 2007-2009.Semua jawatan utama termasuk presiden yang kini disandang oleh Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dijangka dipertandingkan dalam kongres tersebut.

 

Hasmi berkata, era reformasi seperti yang diperjuangkan pada 80-an sudah tidak sesuai lagi tetapi kini masih ramai pemimpin muda yang terikut-ikut dengan arus tersebut.

“Angkatan Muda perlu menyusun semula sebaik mungkin sokongan rakyat, termasuk mempunyai jaringan dengan mahasiswa, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dari Eropah, Timur Tengah dan negara Asean.

“Jangan hanya mengharapkan Anwar bersendirian kerana bekas timbalan perdana menteri itu pun mempunyai tugas yang besar dalam parti,” katanya lagi.

Beliau berkata, AMK perlu mengangkat rakyat dan bukannya bergantung kepada rakyat untuk melaksanakan sebarang aktiviti.

Sumber:

Malaysiakini: Hasmi tawar diri bertanding ketua Angkatan Muda PKR

7 Comments »

  1. orang biasa says

    semangat demokrasi wajar subur dlm keADILan.
    tapi menyedihkan di saat parti bersiap sedia bertempur di Ijok, masih ada pihak lebih seronok membincangkan prospek pemilihan parti..

    April 22nd, 2007 | #

  2. orang biasa says

    saya ingin sangat tanyakan soalan ini..

    atas kapasiti apakah agenda ini boleh dijana dgn baik, dalam masa yang sama Sdr Hasmi baru saja menjawat jawatan Ketua Bahagian Parit Sulong, kemudian menawarkan diri untuk Ketua AMK? bagaimana ini boleh bergerak selari sedangkan kredibiliti dan kapasiti kepemimpinan Sdr Hasmi baru saja hendak bermula di Parit Sulong,dalam konteks mengemudi sebuah bahagian yang menjadi akar kekuatan parti.beliau mungkin berada sebagai org no 2 atau 3 dlm bahagian sebelum ini,tapi tatkala baru saja diamanahkan sebagai ketua,timbul pula sentimen untuk merebut jawatan yang lebih besar.Bagaimana boleh dibuktikan keupayaan untuk memimpin sedangkan hasil tidak terlihat lagi? mungkin akan ada yang berkata, ‘beri ruang dan kami akan buktikan’. tetapi untuk memberi ruang pasti dimulakan dengan setidak-tidaknya sekelumit bukti untuk meyakinkan orang utk memberi ruang! dan dalam hal ini saya lihat tidak ada pembuktian yg jelas.
    kenapa perlu ghairah mengejar kedua-dua sekali,tanpa memberikan fokus kepada satu-satu komitmen secara lebih produktif?

    Kita tidak sama sekali mengamalkan pembunuhan karektor sesama kita,apatah lagi bernaung di dalam parti yang sama.pertikaian yang timbul adalah persoalan keupayaan memimpin. saya petik sedikit liputan berita di atas:

    “Angkatan Muda perlu menyusun semula sebaik mungkin sokongan rakyat, termasuk mempunyai jaringan dengan mahasiswa, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dari Eropah, Timur Tengah dan negara Asean.

    Ingin juga saya bertanya,bagaimanakah prospek keADILan di Parit Sulong dan Johor secara amnya? apakah keupayaan di peringkat domestik ini sudah terlihat dengan jelas sehingga mampu ‘mencerahkan’ peluang AMK menerobos sempadan Eropah apatahlagi Asia Tenggara?

    Anwar tidak boleh bersendirian untuk berjuang,tetapi seramai manapun askar di belakang beliau,Anwar tetap akan memimpin keseorangan kalau anwar hanya ada askar yang lesu di belakang beliau.

    April 22nd, 2007 | #

  3. farrel says

    Demokrasi dalam keadilan masih subuh. Kita serah kepada Kongres Tahunan Keadilan menentukan mana yang terbaik.

    Sepatutnya kita beri peluang dan ruang kepada muka-muka baru untuk mempromosikan diri dalam pentas politik. Kita harus adil dalam mengkritik, tak wajar kita pertikai dan perlecehkan hasrat beliau untuk memimpin AMK..

    Secara jelas dan penuh keyakinan beliau telah memperkenalkan satu idea baru yg dinamakan GAGASAN PENCERAHAN dimana idea ini saya percaya ia bisa menyuntik semangat baru dlm AMK secara tidak langsung mampu menjana AMK ke dimensi baru.

    Tak dinafikan SAMSUL juga memiliki kelebihan dalam perdebatan walaupun terdapat beberapa pertembungan dengan saudara Badrul.. idealisma dan karisma SAMSUL telah terbukti dalam menangani beberapa isu..

    CIKGU BARD… keberanian beliau memang tak dapat dinafikan… beliau lambang semangat keberanian reformis.. kejujuran dan keikhlasan beliau memang tak dapat dipertikaikan lagi…

    Tak kirala sama ada SAMSUL, BADRUL atau HASMI yang menang.. itu kita serah kepada keputusan Kongres… Yang penting kini berilah peluang dan ruang kepada mereka mempromosikan idea-idea mereka… Samsul, Badrul atau Hasmi, mereka bertiga harus kita dokong, sokong dan beri kerjasama…. Ketiga-tiga memiliki kelebihan yang tersendiri…

    Yang paling penting.. selepas kongres.. KETIGA-TIGA team.. harus bersatu semula bagi menjayakan matlamat utama keadilan iaitu menjayakan AGENDA PERUBAHAN…

    April 27th, 2007 | #

  4. rrugger says

    well done……. teruskan semangat perjuangan dengan seikhlasnya dan jangan cuba sekali-kali mengaku kalah diatas apa yang berlaku. tq.

    May 8th, 2007 | #

  5. maisarah says

    entahlah tak tahu nak cakap mengenai parti sekarang, kita selalu di sekat kebebasan kita oleh parti kerajaan barisan nasional tapi kita harus gagah menghadapi semua itu dan memperkasa kan parti tapi kecewa dengan sikap sesetengah orang kuat parti yang lebih mementingkan jawatan dari perjuangan parti sendiri, terlalu sedih dengan fenomena ini. dan amat berharap sangat-sangat agar ezam dapat kembali semula pada parti.

    June 8th, 2007 | #

  6. farrel says

    kptsn kongres AMK kali ini sebenarnya tak menggambarkan isihati perwakilan AMK ini berikutan terlalu ramai calon menarik diri. walaubagaimanapun kita perlu sedar dan yakin bahawa kita miliki tanggungjawab untuk memperbaiki keadaan ini.

    Keberanian beberapa pimpinan AMK yg lantang menegur pimpinan parti amatlah dibanggakan. Kerana ia tidak pernah berlaku dlm UMNO atau parti yg sealiran dgnnya. Semoga idea Pencerahan ini tidak terhenti setakat ini. Usaha merekayasa dan menterjemahkan idea ini wajar diteruskan.

    mungkin tim pencerahan boleh merekayasa satu usaha utk mengembalikan bekas2 pemimpin AMK ataupn KEADILAN dlm satu wadah utk memberi sumbangan yg bermakna pd parti.

    June 8th, 2007 | #

  7. Zoloft. says

    Zoloft chlorine interaction….

    Zoloft. Generic name for zoloft. Illegal uses for concerta adderall zoloft….

    June 1st, 2008 | #

Leave a comment

:mrgreen: :neutral: :twisted: :shock: :smile: :???: :cool: :evil: :grin: :oops: :razz: :roll: :wink: :cry: :eek: :lol: :mad: :sad:

RSS feed for these comments. | TrackBack URI

Team Pencerahan

Angkatan Muda Keadilan

Laman Rasmi Team Pencerahan AMK ditaja oleh Projek Renaissance